CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Wednesday, December 29, 2010

ToPi MUsim p@n@S.. (@_@)...v

Haaaa cantik n cute x topi musim panas ni? Nadia suka corak ni. Mesti ayu n comel klu Nadia pakai kan?
hehehe (^_^)....v


Kalau kawan2 nk cuba buat topi ni, kawan2 kena la tgk macam mana nk jahit topi ni tau.
Nadia pun nk suruh ibu Nadia buatkan untuk Nadia la..

Untuk belajar menjahit topi ni, kawan2 bukak link ni k

Sel@mAT meNCub@...
Kalau dah siap tunjuk kat Nadia tau hehehe ...(*_*)...v

Tuesday, December 28, 2010

B@jU FashIOn b@ru.. (*_*)...v

Haaa ni baru fashion baru kot. Opss ni la corset yg diperbuat dari kulit udang (shrimp).. Hammm (^_^) xgatal2 ke badan klu pakai corset ni? Mesti membakar lemak kan? hehehe

Perrhh..sedap udang ni klu dimasak sambal @ masak lemak cili padi.. Pedas2 tp Sedappp..
nyummmy... (@_@)...v


Cantik baju ni kan? Nadia suka tau.. Baju ni plak diperbuat dari bawang yg ada daun2 hijau (onion).. Susah gak nak cari bawang ni.. Sapa tahu kat mana ada jual?

Segar je bawang ni.. Goreng pun sodapppp... ('_')..v

Baju ni pun cantik gak.. Seksi gitu hehe aurat2..kena tutup la.. Ni la baju yg diperbuat dari tomato.. Nanti klu pakai baju ni, mesti kulit lebut n kemerahan cam tomato la.. hehehe


Haaa cantik kan pokok tomato ni.. Err pokok abah dh besar mana ter? hehehe...


Wowww cantik2.. Nadia suka gak.. Nak bodek abah suh belikan hehe.. Ni baju yg diperbuat dari lobak putih (white radish).. Kalau lobak merah (carrot) pun cantik gak hehe..

Lobak putih ni cm lobak merah gak la.. Tapi rasa dia xsama tau.. elok untuk kesihatan dalaman..


Wahhh baju ni pun cantik warna dia.. Suka2 hehe.. baju ni diperbuat dari cendawan yg jenis kecik2 tu la (mushroom).. Tapi baju ni anti-kulat x? (-_^)...v


Sedap2 klu masak cendawan ni.. goreng ke.. uat sup ke.. nyummmmy.. Nak suh ibu buat la.. kna uat banyak2 nty xcukup.. Abah makan byk hohoho (^o^)...v


b@jU pElik T@pi cUTe ...(*_*)..

Cantik kan baju ni? Nadia suka2.. Hehehe..untuk pengetahuan semua baju ni diperbuat daripada isi buah terung (eggplant). Buah terung ni sedap dimasak pajeri. Tapi kawan2 kenal ke buah terung ni? Jap Nadia nk petik buah terung tu... Tunggu tau... (*_*)...


Haaaa ini la buah terung.. dah nak masak pun. Abah Nadia suka makan buah terung goreng belacan hehehe jangan bagitau abah Nadia pasal pokok terung ni hehehe.. (^_^)..

Ok, perihal baju ni plak.. Sapa suka angkat tangan (*_*)..v
Baju ni diperbuat dari kulit pisang (banana) tau. Tapi hati-hati klu pakai baju ni, jangan pergi zoo, nanti abang2 monyet kejar kang.. hehehe gurau aje..

Ni la buah pisang tu.. Isi pisang kena makan biar habis bru leh uat baju. Cian buah pisang tu xda baju.. hehe



Haaaaa baju ni cantik gak, cam anak raja je.. Nadia nk jd anak raja la.. Raja Nadia.. Sapa sokong?? hehe baju ni diperbuat dari roti (bread).. Roti ni putih itu pasal baju ni putih..


Ni roti potong.. Tapi klu uat sandwish pun sedap gak kan? Tapi klu dh jadi baju, jgn sapu dengan sos cili lak.. Nanti panas badan 7 keturunan.. Ahakss.. (~_~)..


Haaaa hijau itu mendamaikan. Ini la baju yg diperbuat dari daun bawang (chive). Sesuai sangat la untuk bakal isteri Tarzan. Tapi jangan lalu tepi api kang bis layu kecut daun dia hehehe..

Daun bawang ni buat apa yer sedap? Haaa uat cucur udang untuk minum petang best gak. Sedap2..
Suke la nyammm nyammm (^o*)...v


Opsss baju apa lubang2 ni.. Jangan intai tau.. Ni la baju yg diperbuat dari batang bunga teratai (lotus root). Kena cari kat sungai la klu nk uat baju ni hehehe.. Tapi kawan2 pandai berenang x? Nadia pandai berlari je hohoho... (^o^).... abah kejar Nadia..

Haaa ni la rupa batang teratai 2. Orang kata boleh makan. Awet muda.. Nadia xpenah makan pun hehehe.. Nadia kecik lg la ...


Thursday, December 16, 2010

Hari Aasyura (10 Muharram)

Mengikut mazhab Imam Hanafi puasa hari ke-10 dalam bulan Muharram ini adalah satu-satunya fardhu puasa yang pertama sebelum difardhukan puasa bulan Ramadhan.

Hadith daripada Aisyah: "Sesiapa ingin berpuasa (sunat 10 Muharram) maka bolehlah dia berpuasa. Dan sesiapa yang tak ingin berpuasa maka boleh dia tinggalkan". Hadith riwayat Bukhari dan Muslim.

Malah dalam sebuah hadith riwayat Muslim Nabi berpuasa pada 10 Muharram kerana pada hari tersebut diselamatkan Nabi Musa a.s daripada lemas dan juga daripada buruan Firaun.


KELEBIHAN PUASA ASYURA'

Baginda bersabda: "Berpuasa sunat pada 10 Muharram akan menghapuskan dosa setahun sebelumnya". Riwayat Muslim.

Dari Ibnu Abbas r.a berkata Rasulullah S.A.W bersabda : " Sesiapa yang berpuasa pada hari Aasyura (10 Muharram) maka Allah S.W.T akan memberi kepadanya pahala 10,000 malaikat dan sesiapa yang berpuasa pada hari Aasyura (10 Muharram) maka akan diberi pahala 10,000 orang berhaji dan berumrah, dan 10,000 pahala orang mati syahid, dan barang siapa yang mengusap kepala anak-anak yatim pada hari tersebut maka Allah S.W.T akan menaikkan dengan setiap rambut satu darjat. Dan sesiapa yang memberi makan kepada orang yang berbuka puasa pada orang mukmin pada hari Aasyura, maka seolah-olah dia memberi makan pada seluruh ummat Rasulullah S.A.W yang berbuka puasa dan mengenyangkan perut mereka."

Lalu para sahabat bertanya Rasulullah S.A.W : " Ya Rasulullah S.A.W, adakah Allah telah melebihkan hari Aasyura daripada hari-hari lain?". Maka berkata Rasulullah S.A.W : " Ya, memang benar, Allah Taala menjadikan langit dan bumi pada hari Aasyura, menjadikan laut pada hari Aasyura, menjadikan bukit-bukit pada hari Aasyura, menjadikan Nabi Adam dan juga Hawa pada hari Aasyura, lahirnya Nabi Ibrahim juga pada hari Aasyura, dan Allah S.W.T menyelamatkan Nabi Ibrahim dari api juga pada hari Aasyura, Allah S.W.T menenggelamkan Fir'aun pada hari Aasyura, menyembuhkan penyakit Nabi Ayyub a.s pada hari Aasyura, Allah S.W.T menerima taubat Nabi Adam pada hari Aasyura, Allah S.W.T mengampunkan dosa Nabi Daud pada hari Aasyura, Allah S.W.T mengembalikan kerajaan Nabi Sulaiman juga pada hari Aasyura, dan akan terjadi hari kiamat itu juga pada hari Aasyura !".

BEZAKAN PUASA DENGAN ORANG YAHUDI

Oleh kerana orang Yahudi juga berpuasa pada 10 Muharram maka disunatkan umat Islam berpuasa sejak 9 Muharram lagi bagi membezakan dengan puasa orang Yahudi. Hadith ini dikhabarkan oleh Ibnu Abbas dalam sebuah hadith riwayat Muslim dan Abu Daud.

Atau kalau tidak dapat dikerjakan pada 9 Muharram maka boleh juga digandingkan 10 Muharram dengan 11 Muharram.

SEJARAH 10 MUHARRAM

Imam al-Ghazali menyebut dalam kitabnya Mukha syafatul Qulub bahawa pada tarikh tersebut:

(1) Terbunuhnya Sayyidina Hussain (cucu Nabi) di Karbala'.
(2) Diterima taubat Nabi Adam a.s.
(3) Dicipta Adam a.s.
(4) Dimasukkan Adam a.s ke dalam syurga.
(5) Dicipta arasy, Kursi, langit, matahari, bulan, bintang-bintang.
(6) Dilahirkan Nabi Ibrahim a.s.
(7) Selamat Nabi Ibrahin daripada api Namrud.
(8) Selamat Musa dan pengikutnya.
(9) Lemas Firaun.
(10) Dilahirkan Nabi Isa a.s.
(11) Diangkat Nabi Isa kelangit.
(12) Diangkat Nabi Idris ke langit.
(13) Mendaratnya kapal Nabi Nuh dengan selamat di atas bukit Judy.
(14) Nabi Sulaiman diberi kerajaan yang besar.
(15) Dikeluarkan Nabi Yunus dari perut ikan Nun.
(16) Nabi Ya'kub dapat melihat kembali selepas daripada menjadi buta.
(17) Dikeluarkan Nabi Yusuf daripada telaga buta.
(18) Disembuhkan Nabi Ayyub daripada penyakitnya.
(19) Hujan yang pertama turun dari langit kebumi.